Rentetan perjalanan kami

October 21st, 2008

Ramai juga yang sampai awal di masjid pandan indah tanggal 25 april 08 dan ada yang sempat ke pasar malam pandan indah untuk membeli juadah bekalan perjalanan.

alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, perhimpunan kita tidak dibasahi hujan,
malah keadaan cuaca sepanjang penantian kami di masjid pandan indah itu amat baik dan tenang sekali.
seolah2 Allah memberkati niat dan matlamat kita… insyaAllah… alhamdulillah.

perjalanan kami akhirnya bermula pada jam hampir 9 malam…. entahlah,,, gua pun lupa tengok jam… maybe lewat sikit dari 9 malam kot.

dan kami terus ke pulau pinang, dengan persinggahan2 sementara di tapah dan beberapa hentian sebelah yang lain.

berlakulah insiden saya tukar2 bas, untuk berlaku adil kepada semua yang menyertai rombongan.

pemandu2 bas juga amat baik sekali, papa atan, encik naim, encik zubir dan encik azhar.
semuanya mesra dan memberikan komitmen yang begitu mantap sekali, alhamdulillah.

sesampai di penang, iaitu jam 3 pagi, setelah check-in dan meletakkan barang2 di dalam kamar, ada yang terus berehat tapi ramai jugak yang turun balik untuk sesi makan2 di gerai nasi kandar line clear yang tersangatlah femes itu.

oooooohhhhh masih terlekat di lidahku keenakan ayam gorengnya, dan kuah2 karinya… dan air2 minumannya…. aduuuuuuussssss!

pagi 26 april 2008 sangat meriah.

team toyota avanza club dan riders dan marshalls dari two wheel riders, penang cop bikers dan kulim bikers club telah sedia menanti, bersama2 dengan abang mato2 yang semuanya cute2 dan manis2 belaka.

perjalanan kami agak terlewat sedikit memandangkan ada peserta rombongan yang “pengsan” sebab menelan ubat darah tinggi setelah pekena line clear.

alhamdulillah, peserta itu sempat juga bangun dan menyertai rombongan walaupun dalam keadaan yang kurang sihat.

perjalanan kami ke wisma yatim islam memang meriah sakan…
gempak gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!

satu penang jem pasal kami….aduhhhh tidak tergambarkan bila rombongan kami diescort oleh polis diraja malaysia, tavac dan riders serta marshalls.

memang gempak!

sesampai di wisma yatim islam, majlis pun berlangsung dalam keadaan yang sederhana.

para peserta kembara yang dari kuala lumpur, mahupun yang dari tavac, riders dan marshalls semuanya memberikan kerjasama yang mantap dalam menjamu penghuni yang diraikan.

terima kasih yang tidak terhingga.

sejurus selepas majlis di wisma yatim islam, kami berconvoy ke chow rasta untuk sesi membeli asam.

setelah itu, sekali lagi kami diescort bagai rombongan diraja, ke luar pulau pinang.

hati menjadi agak sayu melihat abang2 riders meninggalkan kami dan memasuki jalan yang berbeza dari perjalanan kami.
lambaian dan “rempitan” mereka di atas jalan dalam menggayakan aksi2 seksi, gagah dan perkasa mengucapkan selamat tinggal kepada kami terpahat di dalam ingatan….
ooooohh tak tahan…!

selepas tol jambatan pulau pinang, tibalah giliran team tavac pula mengucapkan selamat tinggal.
convoy telah berhenti di tepi lebuhraya… dan bersalam salaman mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal.

berat hati untuk berpisah.

namun perjalanan diteruskan jua.

kompleks kebajikan tanjung rambutan itu rupa2nya sebuah kawasan yang keluasannya beratus hektar, menempatkan semua jenis penghuni yang berkaitan mental di situ.

kami melalui penjara untuk penjenayah mental, hospital bahagia, tahanan forensik dan hanya mampu melambai kepada mereka yang rata2 teruja dengan kedatangan orang luar ke perkampungan mereka.

mereka melambai kembali kepada kami dari sebalik jaringan2 pagar dan kandang.

rumah seri kenangan terletak di penghujung perkampungan itu.
seolah2 simbolik kepada perjalanan hidup penghuni2 nya.

kami sampai di rumah seri kenangan ulu kinta, tanjung rambutan agak lewat, iaitu jam 4.30petang, 1 1/2 jam lebih lewat dari yang dijadualkan.

kami disambut, sekali lagi, seperti gerombolan diraja.

pihak RSK rata2 amat menanti2kan kedatangan kami.

setelah majlis dijalankan dengan seberapa ringkas, hujan yang turun dengan lebatnya tidak dapat mematahkan semangat penghuni2 serta peserta2 rombongan yang menaiki pentas bersama2 saya untuk menari sambil saya menyanyi.

opah2 dan atuk2 yang umurnya sudah lanjut semuanya menari.

terima kasih kepada opah siti mariam kerana bermarhaban sebagai selingan kepada nyanyian saya.

selepas itu, kami melawat pula penghuni2 yang “bedridden”, yang tidak larat hendak bangun apatah lagi berjalan.

tidak tergambarkan perasaan apabila ada di antara mereka tiba2 menangis dan meratapi nasib mereka apabila melihat kehadiran kami.

ramai juga yang mengadu dan menyampaikan keluhan2 yang terbuku di hati dan sanubari mereka.

airmata berjurai tidak terhenti…
para peserta rombongan ternyata amat tersentuh dengan keadaan atuk2 dan opah2 yang ada di situ.

(saya kontrol macho…. airmata tak jatuh setitik pun…… tapi hampir2 kantoi gak la)

luqman, anak kecil berusia 8 tahun itu pun teresak2 menangis….
jadu yang nakal dan degil itupun, turut sebak dan menangis…
anak2 itu juga tersentuh hatinya….

perjalanan ini tidak ternilai.

rasa insaf menyelubungi diri,
rasa berdosa terhadap ibu bapa sendiri juga menyelinap ke dalam jiwa
rasa syukur dipanjatkan berkali2 kerana masih mampu berdiri di atas kaki sendiri…

kembara penang perak ini sememangnya TERLALU istimewa.

terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua sanak saudara sahabat handai yang menyertai rombongan kali ini, deebers, islamic relief malaysia, toyota avanza club, two wheel riders, penang cop bikers, kulim bikers club.

saya tidak mampu hendak membalas jasa dan budi anda.

namun doa sahaja yang mampu saya panjatkan agar kalian dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diampunkan dosa, diberikan kesihatan yang baik, ditemukan jodoh yang baik (bagi yang belum kawen), diselimuti kesejahteraan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

aminnnnnnnnn

salam sayang

adibah noor